Wednesday, August 11, 2010

Syukurku kerna masih di sini..RAMADHAN!!

Istimewa Ramadan

“Sesiapa yang berpuasa pada siang harinya dan bangun pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan pahala Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.”

Satu lagi hadis Nabi untuk renungan kita.

“Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi bulan Ramadan.”

Gandakanlah ibadah sebanyak mungkin pada bulan Ramadan, nanti di akhirat boleh redeem pahala banyak-banyak. Bulan Ramadan ada macam-macam bonus dan ganjarannya juga lebih hebat. Pahala amalan berganda dan kebaikan kita tiada tarikh luputnya. Jangan terlalu asyik dengan dunia kerana yg menanti kekal abadi adalah di akhirat nanti.

Cuma, tawarannya hanya sah untuk 30 hari sahaja dan ianya bermula pada hari ini, 11 August 2010, 1 Ramadan 1431 Hijrah.

Rebut segera tawaran ini. Dapatkan ganjaran lumayan dari Allah selagi stok umur masih ada.

Tahun depan Ramadan pasti datang lagi, dan tawaran ini akan ada lagi. Itu memang pasti. Yang tak pastinya, adalah MATI. Malaikat Izrael akan datang pada bila-bila masa. Datangnya tak perlu dijemput, dan perginya bersama-sama roh kita.

Jadi, jangan main redah bila beribadah. Jangan bertangguh, kena bersungguh-sungguh. Semoga Ramadan kali ini lebih makna, agar dapat kita harungi dengan sempurna.

Kepada rakan-rakan sekalian, Mohsein sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Sekian..

0 fwens to Mrs. PinkJamboo: